Kek Pandan

Ramuan / Bahan

5 sudu makan minyak masak atau cairan mentega
5 sudu makan air pandan
5 biji telur (diasingkan putih dan kuning) 5 sudu makan gula kastor
150 gm tepung naik sendiri

Cara-cara

Satukan minyak, air pandan, kuning telur dan pukul hingga kembang.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga adunan sebati.

Putar putih telur dengan gula kastor hingga kembang dan likat.

Masukkan putih telur dan gaul adunan sebati.

Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 45 minit. Hiaskan mengikut selera sendiri.