Kek Oren Mandarin

Ramuan / Bahan

250 gm telur
200 gm gula
20 gm Quick 75
400 gm tepung, diayak 15 gm serbuk penaik. diayak bersama tepung
150 gm susu segar
100 gm oren mandarin, dikupas kulitnya
150 gm mentega, dicairkan

Cara-cara

Pukul telur bersama gula dan Quick 75 hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan susu dan oren. Putar lagi hingga ulas oren hancur. Tuang mentega cair ke dalam adunan. Pukul lagi hingga adunan benar-benar sebati. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dilengser dengan sedikit mentega. Susun ulas oren di atas dunan. Bakar 30 minit pada suhu 180'c. Keluarkan dan sejukkan sebelum dipotong.