Kek Oren

Ramuan / Bahan

425 gm mentega
6 camca sederhana susu pekat
10 biji telur, asingkan putihnya
311 gm gula 1 camca teh esen oren
311 gm tepung gandum
2 camca teh serbuk penaik
½ biji kulit oren, diparut

Cara-cara

Putar mentega bersama susu pekat hingga kembang.

Putar putih telur hingga gebu. Masukkan gula dan putar lagi.

Apabila gula hancur, masukkan kuning telur sebiji demi sebiji. Putar lagi hingga sebati dan kembang.

Perlahankan pengadun, masukkan adunan mentega dan esen oren. Putar perlahan-lahan hingga rata.

Masukkan tepung yang diayak bersama serbuk penaik, sedikit demi sedikit. Kacau rata.

Masukkan parutan kulit oren dan kacau rata.

Tuangkan adunan ke dalam acuan berukuran 20 cm dan bakar hingga masak.