Kek Oren

Ramuan / Bahan

500 gm mentega
2 cawan gula kastor
6 biji telur ayam 2 ½ cawan tepung naik sendiri
1 gm parutan kulit limau
3 sudu besar jus oren

Cara-cara

Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu-persatu sambil dipukul. Masukkan tepung, jus oren dan kulit oren, gaul rata. Sediakan acuan yang disukai, gris dan tabur tepung. Tuangkan adunan bakar selama 40-45 minit dalam ketuhar yang panasnya 150'c.