Kek Nescafe

Ramuan / Bahan

8 auns gula pasir
8 biji telur ayam (asingkan putih dan kuningnya)
4 auns mentega 4 auns tepung gandum
2 sudu teh Nescafe

Cara-cara

Pukul gula dan mentega sampai kembang. Masukkan kuning telur sebiji-sebiji dan pukul lagi. Pukul putih telur sampai berbuih dan masukkan ke dalam adunan mentega. Tepung diayak bersama Nescafe dan masukkan ke dalam adunan. Kacau sampai sebati. Masukkan ke dalam loyang dan bakar di dalam ketuhar sederhana panas.