Kek Nanas Prun Berceri

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
220 gm gula kastor
4 biji telur
250 gm tepung gandum
35 gm tepung naik sendiri
100 gm ceri (dicincang) 170 gm halwa nanas
150 gm prun tanpa biji
150 gm kismis kuning
2 sudu kecil parutan kulit lemon
1 sudu kecil parutan kulit oren
2 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

Satukan mentega, parutan kulit oren, kulit lemon, telur, kedua-dua jenis tepung dan esen vanila, pukul dengan kecerdasan perlahan sehingga kesemua bahan bercampur.

Tingkatkan kederasan kepada sederhana sehingga campuran menjadi gebu dan putih.

Campurkan ceri, halwa nanas, prun dan kismis kuning, gaul sehingga rata.

Tuangkan adunan ke dalam acuan yang di alas kertas minyak bersapu mentega, kemudian bakar di dalam ketuhar yang sederhana panasnya selama dua jam atau sehingga ia masak.

Sejukkan semalaman kemudian dihias dengan aising fondant.