Kek Nanas Lembap

Ramuan / Bahan

300 gm isi nanas berkaleng, dibuat puri
100 gm gula halus
1 camca teh Quick 75
2 biji telur
150 gm tepung berserbuk penaik 100 gm mentega, dicairkan
Coklat cair - bahan hiasan
Aising royal - bahan hiasan
Ceri - bahan hiasan

Cara-cara

Putar puri nanas bersama gula, Quick 75, telur dan tepung hingga gebu. Kaup dan balikkan mentega ke dalam adunan hingga sebati. Ratakan adunan di dalam acuan berukuran 20 cm x 10 cm yang telah dilengserkan dengan sedikit mentega dan dialas kertas kalis minyak. Bakar adunan 30 minit pada suhu 190'C atau hingga kek masak. Sejukkan. Hias kek dengan coklat cair dan aising royal serta ceri.