Kek Nanas Campur Kopi

Ramuan / Bahan

15 auns buah nanas (dihancurkan)
2 ½ auns mentega
½ cawan gula
1 sudu teh vanila
1 biji telur 1 ¼ cawan tepung naik sendiri
½ cawan kelapa kering
1/3 cawan gula halus
1/3 kacang walnut (dicincang halus)
1 auns mentega dicairkan

Cara-cara

Perah buah nanas dan ambil airnya kira-kira 1/2 cawan. Pukul mentega dengan gula sampai kembang. Masukkan vanila dan dan telur dan pukul lagi. Masukkan tepung diselang-selikan dangan air nanas dan kacau hingga sebati. Masukkan setengan daripada adunan di dalam acuan pembakar sandwic dan ratakan. Ratakan nanas di atasnya. Masukkan separuh lagi adunan di atas nanas dan ratakan. Taburkan kelapa, gula dan walnut. Renjis dengan mentega. Bakar dalam ketuhar yang sederhana panas selama 40-45 minit.