Kek Nanas (Pineaplle Upside Down)

Ramuan / Bahan

2 biji telur
150 g tepung berserbuk penaik] diayak
Secubit garam ] bersama
100 g gula kastor
90 g mentega ½ cawan jus nanas
3 keping nanas dalam tin
¼ cawan gula perang
½ camca teh esen vanila
3-4 biji ceri merah

Cara-cara

Tin pembakar dilenserkan dengan mentega dan taburkan gula perang di tepi dan di tengah tin pembakar. Aturkan kepingan nanas dan ceri merah di atas tin pembakar tadi. Mentega dan gula halus dipukul sehingga kembang dan berkrim. Masukkan telur satu per satu, manakala tepung dan air nanas diselang-selikan. Kacau adunan hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 190C atau gunakan gas nombor 5 selama 20-30 minit.