Kek Nanas

Ramuan / Bahan

Tepung naik sendiri 2cawan
Gula halus 1 cawan
Telur 4 biji (gredB)
Kepingan nenas dlm tin(bulat) 1 tin
Esen vanila 1 sudu teh
Buttercup 250g
air nenas (dlm tin) ½ cwn
ceri merah
gula perang 2 sudu makan

Cara-cara

1.sapukan sedikit buttercup ke dlm loyang, ratakan gula perang ke atas butter tersebut.
2.tapis air nenas hingga kering, susun kepingan nenas ke dlm loyang. letak ceri merah di lubang tengah kepingan setiap nenas.
3.pukul mentega & gula sampai kembang.masukkan telur, pukul sampai kembang.campurkan tepung dan air nenas, gaul sebati.
4. masukkan dlm loyang & bakar 45 minit.