Kek Minyak

Ramuan / Bahan

2 ½ cawan tepung gandum (digoreng sekejap)
1 ½ cawan gula halus
1 cawan minyak
6 biji telur 1 camca kecil vanila
1 camca besar baking powder
1 camca kecil pewarna (jika suka)

Cara-cara

Telur dan gula dipukul hingga kembang, masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak ke dalam adunan. Akhir sekali masukkan vanila, gaul hingga rata kemudian masukkan minyak. Bakar dengan api yang sederhana lebih kurang 45 minit. Jika mahukan berperisa santan, campurkan 1 cawan santan, 1 1/2 cawan tepung dan pewarna hijau ke dalam adunan, tidak perlu dimasukkan vanila.
Jika mahukan berperisa koko, masukkan 1 cawan serbuk koko dan 1 1/2 cawan tepung gandum, tidak perlu pewarna.
Jika mahukan berperisa vanila, bahagikan kepada dua bahagian, satu berwarna merah dan satu lagi kuning dan masukkan ke dalam loyang secara berselang-seli.