Karipap Istimewa

Ramuan / Bahan

Pastri :
Tepung gandum
Marjerin
Air
Garam Inti :
Ubi Kentang (dipotong dadu kecil)
Bawang Merah (dimayang)
Bawang Putih (dimayang)
Jintan Manis (ditumbuk halus)
Lada Hitam (ditumbuk halus)
Daun Sup (dihiris)
Garam
Gula

Cara-cara

Cara Membuat Pastri :
Gaul tepung gandum dan marjerin bersama air garam yang telah larut yang ditambah sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi lembut

Cara Membuat Inti :
Panaskan minyak dalam kuali.tumis bawang merah,bawang putih dan jintan manis. Masukkan pula ubi kentang diikuti lada hitam, sedikit garam, gula dan daun sup. Masak sehingga ubi kentang menjadi empuk.

Cara Menggoreng :
Setelah inti telah diisi ke dalam pastri dan dikelim samada menggunakan alat pengelim atau tangan, gorengkan karipap tersebut dalam minyak yang banyak. Api dapur dibiarkan kecil dari mula menggoreng sehingga karipap menjadi kekuningan.