Kek Mini Dadih Pisang

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan kek:

100 gm majerin
50 gm mentega
60 gm gula halus
65 gm gula perang
3 biji telur
125 gm tepung berserbuk penaik
25 ml susu segar
½ camca teh esen pisang
1 camca teh esen vanila Bahan-bahan dadih:

125 gm majerin
340 gm gula halus
4 biji pisang (dikisar)
1 biji lemon (diparut kulit dan diambil perahannya)
4 biji telur (dipukul)

Cara-cara

Untuk membuat kek, putar majerin, mentega, gula halus dan gula perang hingga gebu.

Masukkan telur berselang seli dengan tepung dan susu. Masukkan esen pisang dan esen vanila. Putar sebati.

Tuang adunan di dalam mangkuk kertas kecil dan bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah Celcius.

Untuk membuat dadih pisang, cairkan majerin dan masukkan gula. Apabila gula larut, masukkan semua bahan lain. Kacau hingga mendidih dan kuah pekat. Hidangkan bersama kek.