Kek Mickey Mouse

Ramuan / Bahan

1 kg tepung sponge mix chocolate
16 biji telur
250 ml air 1 sudu besar santan segera
250 ml minyak jagung
Coklat urai dan badam hiris untuk hiasan

Cara-cara

Pukul semua bahan kecuali minyak jagung hingga pekat. Tuangkan minyak jagung dan gaul rata. Bahagikan adunan kepada dua loyang berukuran 30 cm x 41.5 x 6 cm tingginya. Bakar hingga masak. Apabila sejuk sandwickan dengan krim mentega coklat. Terap bulat kemudian sapu sekeliling dan atasnya dengan lebihan krim tadi. Taburkan sekelilingnya dengan coklat urai. Picit krim di tengahnya untuk membuat kepala mickey. Hias dengan badam untuk membuat telinga. Warnakan matanya dengan krim bewarna putih.