Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kek Mentega Lemon

Ramuan / Bahan

1 biji lemon
8 auns gula halus
8 auns tepung gandum 3 auns mentega
1 biji telur
Sedikit garam

Cara-cara

Parut kulit buah lemon dan perah airnya. Ayak tepung bersama garam dan masukkan gula. Cairkan mentega dan masukkan tepung. Masukkan juga telur, kulit lemon dan dua sudu besar air perahan lemon. Uli adunan hingga sebati dan canai setinggi 8 inci. Masukkan dalam acuan sandwic atau acuan bulat dan bakar selama 20 minit.