Kek Mentega Epal

Ramuan / Bahan

¾ cawan gula kastor
1/3 cawan air
125 gm mentega
1 sudu kecil esen vanila 3 biji telur (asingkan putih dan kuning)
1 ½ cawan tepung naik sendiri
3 biji epal (kupas kulit dan potong setebal 1 cm)

Cara-cara

Masak gula dan air hingga cair. Sejukkan. Putar mentega, vanila dan kuning telur hingga kembang. Masukkan air gula perlahan. Campurkan tepung dan gaul sebati. Sementara itu putar putih telur dalam mangkuk berasingan. Campur putih telur ke dalam adunan kuning telur. Gaul sebati. Masukkan separuh adunan ke dalam acuan empat segi bujur. Susun epal dan tuang adunan selebihnya. Ratakan dan bakar selama 35 minit.