Kek Mentega Durian

Ramuan / Bahan

240 gm mentega
225 gm gula halus
4 biji telur berukuran besar
100 gm isi durian yang dilecek Disatukan & Diayak:
240 gm tepung berserbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
2-3 sudu besar susu

Cara-cara

Alaskan acuan kek bulat bergaris pusat 23 cm dengan kertas minyak bergris. Putar mentega dan gula halus sehingga ringan dan gebu. Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul rata-rata. Masukkan durian dan pukul lagi. Kaup dan balikkan bahan-bahan yang diayak dan susu secukupnya untuk menghasilkan konsistensi titis. Tuangkan ke dalam acuan dan ratakan permukaannya. Buatkan lubang cetek di tengah-tengahnya. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 175 darjah Celsius selama 50-60 minit atau sehingga kek masak apabila diuji dengan lidi.