Kek Marmar

Ramuan / Bahan

25 biji telur, asingkan putihnya
688 gm gula halus
850 gm mentega
13 camca besar susu pekat
688 gm tepung gandum 4 camca teh serbuk penaik
4 camca teh esen vanila
Sedikit pewarna kuning
5 camca sedang serbuk koko

Cara-cara

Putar putih telur hingga gebu, kemudian masukkan gula dan putar hingga gula hancur.

Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati. Ketepikan.

Mentega dipukul bersama susu hingga kembang di dalam bekas lain.

Masukkan adunan mentega ke dalam adunan putih telur. Putar perlahan hingga sebati.

Sambil itu, masukkan tepung yang diayak bersama serbuk penaik, sedikit demi sedikit.

Masukkan esen vanila dan putar lagi.

Apabila sebati, bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan kuning, coklat dan warna asal.

Tuangkan adunan berselang-seli ke dalam acuan hingga semua bahagian habis.

Bakar hingga masak.