Kek Marble Oren

Ramuan / Bahan

BAHAN A :
2 cawan tepung gandum
1 cawan marjerin
1 sudu teh susu tepung dibancuh dengan 4 sudu besar air atau ½ sdb susu cair


BAHAN B:
1 cawan gula halus
5 biji telur gred A 2 sudu teh esen oren
1 sudu besar serbuk koko

Cara-cara

Bahan A dipukul rata sehingga putih
Bahan B dipukul sehingga kembang.
setelah itu campurkan Bahan A tadi ke dalam bahan B.

Gaul biar rata. Bahagi dua adunan. campurkan esen oren ke dalam salah satu bahagian dan serbuk koko yang diayak di dalam bahagian yang satu lagi. Gaul rata.

Kemudian tuang berselang-seli ke dalam loyang pembakar yang telah dilenser dengan mentega terlebih dahulu.
Bakar selama 40 minit.