Ramuan / Bahan

Bahan Inti :
1 kg kentang - dipotong dadu
600 gm bawang besar - dipotong dadu
800 gm daging lembu - dipotong dadu kecil

Tumbuk Lumat :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1" halia
1 sd besar jintan manis

1 paket serbuk kari
¾ cawan minyak
1 batang besar kulit kayu manis
3 sd besar gula
1 sd besar garam
½ sd teh msg
700 ml air


Doh Karipap :
1 kg tepung gandum - diayak
1 sd besar garam
¾ buku (188gm) lepa susu `Farmcows'
2 biji telur
1 cawan ais
500 ml air


Minyak untuk menggoreng
Secukup tepung untuk mencanai



Cara-cara

Inti :
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang, masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.

Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa. masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan msg, gula dan kentang. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

Doh :
Masukkan tepung dalam mangkuk.Gaulkan bersama air, garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan Farmcows atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Rehatkan 1/2 jam.

Bahagikan doh 4 bahagian (setiap bahagian menghasilkan +-25 keping karipap) dan ambil 1 bahagian canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder berdiameter 1 1/2". Potong setebal 1/2" hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis setiap satu (2mm) dan isikan 1 sd besar inti, tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng. Ulangi proses yang sama hingga habis.

Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan.

Tos atas kertas dapur dan hidangkan.