Biskut Coklat Classie

Ramuan / Bahan

200 gm mentega
230 gm Top Flour
100 gm gula aising
40 gm tepung jagung
15 gm susu tepung
20 gm serbuk koko 2 biji kuning telur
½ teh esen vanila
1 camca teh coklat Emulco
Coklat putih cair secukupnya
Gula-gula Hundred Thousand

Cara-cara

Kacau mentega, telur, gula, esen vanila dan coklat Emulco hingga rata. Masukkan serbuk koko, tepung jagung, susu tepung dan Top Flour. Gaul rata menggunakan senduk kayu. Masukkan adunan di dalam beg paiping menggunakan muncung 2c. Picit adunan di atas loyang. Bakar 15 minit menggunakan kepanasan 180 darjah. Apabila sudah masak sejukkan dahulu. Sapukan sedikit coklat putih dihujung biskut dan taburkan gula-gula Hundred Thousand.