Kek Marble Lembut Lagi Sedap

Ramuan / Bahan

8 oz mentega
6 oz tepung gandum
6 oz gula castor
5 biji telor dari fridge - asingkan
3 sudu makan susu pekat











































1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko - diayak atau 2-3 sudu teh strawberry emulco

Cara-cara

1. Tepung diayak bersama baking powder sebanyak 2 kali. Ketepikan.
2. Pukul mentega,susu dan esen vanilla hingga kembang.
3. Di dalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
4. Masukkan telur kuning sebiji-sebiji ke dalam adunan putih telur dan gaul rata.
5. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
6. Akhir sekali, masukkan tepung sedikit-sedikit dan gaul satu arah.
7. Apabila telah rata, bahagikan dua bahagian, satu plain dan satu lagi warna pilihan. Lebihkan sedikit adunan pada yang plain.
8. Gunakan loyang 8 inci persegi atau bulat, disapukan sedikit mentega pada dasar dan disekeliling loyang dan ditaburkan sedikit tepung gandum.
9. Ambil 3 sudu makan adunan plain dan letakkan ditengah-tengah loyang. Kemudian, ambil 2 sudu makan yang warna ditimpakan ke atas yang plain tadi. Ulang lagi dengan cara yang sama hingga habis.
10. Ketuk-ketukkan di bawah dan tepi loyang supaya adunannya kena di setiap penjuru.
11. Bakar pada suhu 180*C selama 1 jam atau hingga masak.