Kek Marble

Ramuan / Bahan

100 gm mentega tanpa lemak
100 gm gula ising
3 biji telur (ambil 2 kuning dan 3 putih)
200 gm tepung naik sendiri
2 sudu makan susu cair
1 camca teh asen vanilla
serbuk koko (ikut suka)

Cara-cara

Pukul mentega dan gula ising hingga betul-betul kembang. Kemudian, masukkan telur sebiji deni sebiji dan diikuti dengan asen vanilla dan susu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.

Satu bahagian ditambah dengan serbuk koko. Sediakan acuan loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan dedikit mentega. Sudukan adunan ke dalam loyang dari kedua-dua bahagian secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang. Bakar adunan selama 20 hingga 30 minit dengan suhu 180 C.