Kek Madelina

Ramuan / Bahan

250 gm majerin
180 gm gula halus
5 biji telur (dipukul bersama 30 ml air)
200 gm tepung berserbuk penaik
1 camca teh esen vanila
50 gm badam kisar 100 ml sirap kencana
10 biji ceri merah
8 biji pecan
8 biji walnut
3 camca besar hirisan ceri hijau

Cara-cara

Putar majerin bersama gula hingga kembang.

Masukkan telur sedikit demi sedikit berselang-seli dengan tepung, esen vanila dan badam kisar.

Tuang adunan di dalam tin dan bakar selama 40-60 minit pada suhu 180 darjah Celcius.

Apabila kek masak, sapu sedikit sirap kencana. Atur ceri, pecan, walnut dan tabur ceri hijau di atas kek. Hiris dan hidangkan.