Kek Lobak Walnut

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
200 gm gula perang
3 biji telur gred A
220 gm tepung naik sendiri
100 gm lobak merah (diparut) 50 gm walnut (dicincang)
1 sudu teh esen vanila
ΒΌ sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar jus limau

Cara-cara

Pukul mentega dan gula sehingga ia gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga ia habis.

Ayak tepung dengan soda bikarbonat.

Masukkan tepung ke dalam aduann pertama tadi bersama walnut dan lobak merah. Masukkan esen vanila dan jus limau. Gaul sehingga sebati dan masukkan ke dalam acuan. Hias dengan walnut dan bakar sehingga ia masak.