Kek Lobak Merah Berwalnut

Ramuan / Bahan

4 biji telur
¾ cawan minyak jagung
145 gm gula halus
100 gm kurma, dicincang dan digaul bersama sedikit tepung
450 gm lobak merah, diparut
70 gm walnut tumbuk
Marzipan dan walnut untuk hiasan

Bahan diayak bersama:
255 gm tepung serba guna
¼ camca teh garam
2 camca besar soda penaik
1 camca teh serbuk kulit kayu manis Bahan untuk keju krim:
60 gm mentega tanpa garam
220 gm keju krim, biarkan pada suhu bilik
130 gm gula aising
Sedikit vanila

Cara-cara

Pukul telur hingga kembang tiga kali ganda. Masukkan minyak jagung perlahan-lahan dan kacau rata. Masukkan gula dan pukul hingga sebati. Masukkan bahan-bahan diayak bersama, kurma, lobak merah dan walnut. Kacau rata tetapi jangan terlebih kacau. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang dilengser dengan sedikit mentega dan beralaskan kertas minyak. Bakar adunan 55 minit pada suhu 190'C. Apabila kek masak angkat dan sejukkan. Kemudian kek dibelah dua dan disapu bahan keju krim ditengah-tengah kek dan ditangkup semula. Hias marzipan dan walnut di atas kek. Untuk menyediakan keju krim, satukan semua bahan dan gaul sebati.