Kek Lobak Merah Bermadu

Ramuan / Bahan

8 biji telur
8 sudu besar minyak sayur
700 gm gula pasir
100 ml madu lebah
Sedikit garam
500 gm tepung roti 15 gm serbuk kayu manis
6 gm soda penaik
1 gm serbuk penaik
2 batang lobak merah, diparut
140 gm kacang walnut, dicincang kasar

Cara-cara

Telur dipukul hingga kembang. Perlahan-lahan, campur minyak sayur. Kacau rata.

Masukkan gula dan garam. Kacau lagi.

Ayak semua bahan kering. Gaul rata dahulu baru dimasukkan ke dalam adunan telur.

Masukkan lobak merah, madu lebah dan kacang walnut. Kacau perlahan-lahan.

Tuang ke dalam acuan dan bakar selama 55 minit dengan kepanasan 180 darjah Celcius.