Kek Lobak Merah

Ramuan / Bahan

200 gm Tepung Naik Sendiri
1 cawan Minyak Jagong atau Canola
200 gm gula kaster (boleh mengikut rasa)
2 sudu teh Allspice
4 biji telor
1 cawan kekacang (walnut, pecan, badam pun boleh)
1 cawan nenas (dari tin dan jus diasingkan)
1 cawan lobak merah yang diparut halus
Bahan untuk Icing hiasan
200 gm krim keju
100 gm gula kaster
2 sudu teh air limau atau oren
1 cawan lobak yang sudah diparut halus

Cara-cara

1. Bancuh telur dan gula.
2. Sedikit demi sedikit tambah minyak.
3. Sesudah habis minyak yang ditambah ke ramuan tadi, tambahkan pula tepung sedikit demi sedikit.
4. Campurkan lobak parut, kekacang, nenas dan rempah Allspice.
5. Gunakan pembakar kek yang bulat saiz sederhana dan bakar di ketuhar panas. Suhu ketuhar dihadkan pada taraf 180 darjah Celsius selama 25 minit.
6. Sesudah masak, rehatkan kek di tempat yang kering dan agak sejuk.

Cara Membuat Icing
1. Bancuh krim keju dan air limau atau oren dengan gula tadi.
2. Sesudah bancuhan licin, gunakan pisau palette dan hiaskan dipermukaan kek yang sejuk.