Kek Lobak Merah

Ramuan / Bahan

1 cawan tepung naik sendiri
2 camca besar tepung gandum
1 camca kecil soda bikarbonat
½ cawan gula kastar 2 biji telur(dipukul hingga kembang)
¾ cawan kacang tanah
1 cawan lobak merah (diparut)
1 biji epal (diparut)
½ cawan minyak

Cara-cara

Masukkan tepung yang sudah diayak bersama soda ke dalam sebuah mangkuk, masukkan telur, kacang, lobak dan epal. Gaul hingga sebati. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di sapu minyak dan bakar selama 45 minit.