Charlotte Royale

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan Swiss Roll:
225 gm telur
90 gm kuning telur
200 gm gula halus
135 gm putih telur
20 gm gula halus
110 gm tepung Bahan-bahan Krim Charlotte:
450 gm susu segar
75 gm gula halus
6 gm esen vanila
100 gm kuning telur
15 gm tepung jagung
17 gm gelating
500 gm krim putar

Cara-cara

Untuk memasak Swiss Roll, pukul sebiji telur dan gula. Ayak tepung. Pukul putih telur dan 20 gm gula hingga kembang. Masukkan tepung dan kemudian diikuti dengan meringue. Letakkan di atas kertas pembakar dan bakar pada suhu 220C selama 10 hingga 15 minit. Manakala cara membuat Krim Charlotte pula, masakkan susu segar, gula dan esen vanila. Cairkan tepung jagung dengan sedikit susu, kuning telur dan 50 gm gula halus. Masukkan campuran tepung jagung ke dalam susu yang mendidih. Didihkan dan kacau sekali lagi. Pukul krim putar sehingga kembang dan masukkan ke dalam campuran susu yang disejukkan. Rendam gelatin dalam air sejuk dan larutkannya dalam campuran susu. Sejukkan campuran. Pukul krim putar sehingga kembang dan masukkan ke dlam campuran susu yang disejukkan. Gulung swiss roll dengan sedikit jem strawberriy dan potong kepada kepingan kecil. Susun kepingan swiss roll di atas mangkuk atau acuan berbentuk kubah. Masukkan krim charlotte dan tutup dengan satu lapisan vanila. Sejukkan dalam chiller selama 3 jam sebelum dihidangkan. Keluarkan dari acuan dan hidangkan atas pinggan. Sapukan dengan jem dan hiaskan dengan sedikit krim putar manis.