Brownies Berbadam

Ramuan / Bahan

150 g marjerin
2 camca koko
150 g gula kastor 2 biji telur
50 g badam cincang
50 g tepung berserbuk penaik

Cara-cara

Marjerin dipukul bersama gula hingga kembang. Masukkan tepung dan badam, dikacau hingga rata. Tuangkan campuran koko. Lenserkan tin kek empat persegi dan tuangkan adunan brownies. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180C atau menggunakan gas nombor 4 selama 45 minit. Sejukkan sebelum dipotong kepada kepingan empat persegi kecil.