Brownie

Ramuan / Bahan

½ cawan marjerin
50 g coklat buku
1½ cawan serbuk biskut manis coklat
1 cawan kelapa kering ½ cawan kacang tanah (dikisar kasar)
½ cawan air
1 camca teh esen vanila
100 g coklat buku (dicairkan)

Cara-cara

Satukan marjerin dan coklat buku ke dalam satu bekas. Letakkan bekas ini di atas periuk berisi air panas. Kacau sehingga coklat cair. Angkat bekas coklat dari air panas. Masukkan biskut, kelapa, gula, air, dan vanila. Tuangkan adunan ke dalam tin yang telah dialas dan dilenser dengan kertas minyak. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Keluarkan dari peti sejuk, tuangkan coklat cair dan ratakan. Biarkan brownie agak keras sebelum dipotong kepada empat persegi.