Browni Coklat Walnut

Ramuan / Bahan

250 gm mentega tanpa garam
350 gm coklat tawar, dicincang halus
2 biji telur, dipukul
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanila ½ cawan tepung serba guna
¼ camca teh garam
½ cawan walnut, dicincang halus
Sedikit gula aising, untuk ditabur

Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 180'C. Lengserkan acuan kek dengan sedikit mentega dan alaskan kertas minyak. Cairkan mentega bersama coklat menggunakan api sederhana. Angkat dan sejukkan. Masukkan telur, gula dan esen vanila. Kacau sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, garam dan walnut. Kacau rata. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar 25 minit atau hingga kek masak. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan. Taburkan gula aising di atasnya.