Biskut Honey Almond

Ramuan / Bahan

250 g mentega
4-5 camca besar Madu lebah
Biji Badam, Dipangang
Badam Hancur (dipangang)
Coklat masak
5-6 camca besar susu tepung
Tepung gandum secukupnya
Cawan kertas kecil

Cara-cara

1.Mentega dan madu diputar sehingga kembang.

2.Setelah kembang, masukkan sedikit-sedikit susu tepung dan gaulkan (balikkan dgn senduk)

3.Masukan dan gaulkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dibentuk dan tidak melekit. Jangan terlalu keras.

4.Biji badam dimasukan ditengah doh yang dibentuk bujur seperti bola ragbi. Letakan didalam cawan kertas yang kecil.

5. Setelah semua adunan habis dibentuk, bakar dalam suhu 180-200 darjah celcius

6. Sejukan biskut. Cairkan coklat masakan secara double boiling.

7.Tuang coklat di atas biskut tadi, dan tabur badam hancur. Sejukan