Berkat Pandan Cup Cake

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
30 gm coklat nutella (nutella chocolate)
230 gm tepung naik sendiri
230 gm gula halus
1 sudu besar pes pandan 6 biji kuning telur (besar)
5 biji putih telur (besar)
Mangkuk kertas secukupnya
Ceri hijau untuk hiasan

Cara-cara

Mentega, nutella, pandan pes dipukul hingga pekat, masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga kembang, campurkan tepung naik sendiri sambil terus dipukul, ketepikan sebentar. Dalam bekas lain pukul putih telur hingga pekat dan kembang, campurkan ke dalam mentega pukul hingga rata. Isikan ke dalam mangkuk kertas, hias dengan ceri hijau dan bakar selama 35-40 minit dalam ketuhar bersuhu 150-175'C.