Beri Dan Coklat Berkrim SpikeBer

Ramuan / Bahan

60 gm serbuk koko
200 ml air panas
125 gm mentega
300 gm gula 2 biji telur
200 gm tepung
Krim perisa strawberi secukupnya (boleh dibeli di pasar raya besar)

Cara-cara

Larutkan serbuk koko bersama air panas. Ketepikan. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gula hancur. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kacau adunan hingga sebati. Masukkan tepung dan bancuhan koko. Gaul ia hingga rata. Tuangkan adunan ke dalam acuan bersesuaian yang telah dilengserkan sedikit minyak. Bakar 20 minit dengan api sederhana. Setelah masak, keluarkan daripada acuan dan sejukkan. Hidangkan bersama krim putar perisa strawberi dan buah-buahan segar.