Bebola Coklat Bergajus

Ramuan / Bahan

Span Mentega Coklat :
325gm tepung naik sendiri
75 gm serbuk koko
(ayak bersama kedua bahan ini 3 kali)
13 biji telur
½ sd teh baking powder
120 gm coklat masakan - dicairkan - double boiler
3 sd besar Quick 75
100 gm gula perang
100 gm gula icing - ayak
200 gm gula caster
1 sd makan susu cair
1 sd besar chocolate emulco/paste
2 sd teh esen butter-vanilla

400 gm mentega - dipukul hingga kembang


Bahan Coating :
(dimasak dgn double boiler hingga pekat - sentiasa dikacau dgn whisk)
750 gm coklat masakan
50 gm gula icing
½ cawan susu pekat
75 gm mentega

200 gm gajus - dipanggang suhu 140C hingga kuning dan kisar halus
100 gm mentega - dicairkan
100 gm gula icing

cawan keras besar secukupnya
taburan gula icing
chocolate rice secukupnya
ceri merah dan hijau
hirisan badam bakar

Cara-cara

Pukul telur bersama gula perang, gula icing, gula caster dan Quick 75 hingga kembang dan pekat, masukkan tepung dan baking powder dan pukul sebati masukkan susu cair, pukul hingga naik kelajuan tinggi 10 minit, masukkan esen mentega, chocolate emulco dan pukul lagi kemudian masukkan cairan coklat yang telah suam. Pukul hingga coklat larut baru masukkan mentega pukul sedikit2 hingga habis. Pukul sebati dan tuang dalam tin 10 X 10 berlasa kertas gris dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan 20 minit suhu 160C. selama sejam. Sejukkan kek dan tutup dgn kertas foil biarkan semalaman.

Peroikan kek menggunakan hujung jari yang kering, masukkan mentega cair, gajus kisar dan gula, gaul hingga boleh dikepalkan sebesar bola golf.

Golekkan kepalan kek kedalam coklat cair dan golek pula diatas chocolate rice.
Hias dengan badam bakar dan ceri. Taburkan gula icing.

Hidangkan atau boleh disejukkan dalam peti sejuk.