Kek Seri Coklat

Ramuan / Bahan

Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
1 cawan minyak
Bahan B
1 cawan serbuk koko
1 cawan tepung
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik

3 biji telur

Cara-cara

1.pukul telur hingga kembang secara berasingan
2. masak bahan A dalam periuk sehingga gula hancur.
3. sementara itu, ayak bahan B bagi mengelakkan kek dari berketul.
4. masukkan bahan A ke dalam adunan tepung tadi. Kacau hingga rata.
5. masukkan telur ke dalam adunan. Kacau rata.
6. panaskan kukusan, masukkan adunan ke dalam loyang, dan kukus selama 1 jam.