Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kek Limau Susu Berhalia

Ramuan / Bahan

229 gm mentega, dibiar pada suhu bilik
1 2/3 cawan gula halus
5 biji telur
1 camca teh esen limau susu, diparut
1 camca sedang kaskas 2 camca besar halwa halia, dicincang halus

Bahan diayak bersama:
2 cawan tepung serba guna
½ camca teh garam

Cara-cara

Pukul mentega hingga setengah kembang. Masukkan gula dan pukul hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen limau susu. Kacau rata dan ketepikan. Masukkan bahan-bahan diayak bersama, kulit limau susu, kaskas dan halwa halia. Kacau hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang dilengser dengan sedikit mentega. Bakar sejam pada suhu 150'C atau hingga kek masak. Apabila kek masak, angkat dan biarkan ia sejuk. Hias kek dengan kaskas dan halwa halia di atasnya.