Kek Limau Sinaran

Ramuan / Bahan

6 biji telur, diasingkan kuning dan putihnya
2 camca besar parutan kulit limau purut
½ cawan perahan limau
1 ½ cawan gula halus, dibahagi dua
(1 cawan dan ½ cawan)
1 ¼ cawan tepung serba guna
¼ camca teh garam
½ camca teh krim tartar

Bahan-bahan hiasan:
Limau
Secukup kelapa kering
Secukup badam Bahan-bahan inti kastard limau:
½ cawan gula halus
3 camca besar tepung jagung
¼ camca teh garam
¾ cawan perahan limau
¼ cawan perahan limau susu
½ cawan air
3 biji kuning telur
1 camca besar mentega
1 camca besar parutan kulit limau

Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 165'C. Pukul kuning telur hingga betul-betul kembang. Masukkan parutan kulit limau, perahan limau dan secawan gula. Pukul adunan lima minit lagi hingga likat dan kembang. Ayak tepung bersama garam ke dalam adunan telur dan kacau perlahan-lahan menggunakan senduk kayu. Sementara itu pukul putih telur separuh kembang, masukkan krim tartar dan dipukul 3/4 likat. Masukkan gula setengah cawan tadi sedikit demi sedikit dan putar adunan hingga betul-betul likat. Masukkan buih putih telur ke dalam adunan tepung. Kacau adunan perlahan-lahan hingga sebati. Bakar 50 minit atau sejam. Apabila kek dikeluarkan dari ketuhar, terus terbalikkan dan sejukkan di atas redai. Apabila kek sejuk, potong keliling kek menggunakan pisau tajam kemudian belah dua. Untuk menyediakan inti kastard limau, satukan gula, tepung jagung dan garam di dalam periuk. Masukkan perahan limau, perahan limau susu dan air. Masak di atas api sederhana dan kacau selalu hingga mendidih. Angkat. Pukul kuning telur sebiji demi sebiji hingga rata. Sementara itu didihkan semula adunan tadi seminit dan masukkan kuning telur, mentega dan kulit limau. Kacau hingga rata. Angkat adunan dan sejukkan sebelum diratakan pada permukaan kek yang dibelah dua. Tangkupkan kedua-dua belah kek semula. Hias kek dengan hirisan limau pada permukaannya dan terapkan kelapa kering serta badam sekeliling kek.