Kek limau

Ramuan / Bahan

Bahan diayak:
185 gm tepung gandum
Secubit garam
¾ camca baking powder
1 camca kulit limau orange parut
Air dari 1 biji limau orange Beberapa titik bahan pewarna kuning
Halwa kulit limau (dimayang halus)
125 gm mentega/marjerin
125 gula halus
2 biji telur

Cara-cara

Putarkan mentega & gula rata-rata. Pecahkan sebiji telur didalamnya & pukulkan selama 3 minit. Buat begitu kepada telur yang sebiji lagi. Masukkan & balik-balikkan campuran tepung yang telah diayak tadi. Masukkan bahan pewarna & kacaukan. Masukkan air limau sedikit-sedikit hingga suatu adunan yang rata didapati. Isikan ke dalam acuan-acuan kek yang kecil hingga ke takat tiga suku penuhnya. Taburkan kulit limau di atasnya. Bakarkan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan dahulu dengan kepanasan sederhana( 400'f/200'c: dapur gas bertanda 6)
selama 10 -15 minit. Apabila telah masak, keluar & sejukkan. Hidangkan.