Kek Lemon Comel

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
240 gm tepung naik sendiri
200 gm gula halus
½ sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil pes lemon (lemon paste) 5 biji kuning telur (besar)
4 biji putih telur (besar)
Cawan kek
Ceri merah untuk hiasan

Cara-cara

Pukul putih telur dan gula hingga kembang. Dalam bekas berasingan pukul pula campuran mentega, lemon dan serbuk penaik hingga rata bolehlah dimasukkan kuning telur lalu terus dipukul hingga kembang. Masukkan tepung naik sendiri, pukul lagi. Campurkan ke dalam adunan putih telur, pukul hingga sebati. Isikan ke dalam cawan kertas dan bakar hingga masak. Sebaik saja angkat hias dengan ceri.