Kek Lembut Strawberi

Ramuan / Bahan

250 gm mentega cair
180 gm tepung jagung
250 gm tepung gandum
250 gula halus
20 biji kuning telur (telah disejukkan) 7 biji putih telur
30 ml air
1 camca sederhana emulsifier
1 camca kecil serbuk penaik
1 camca kecil esen strawberi

Cara-cara

Putar putih telur, kuning telur, tepung gandum, tepung jagung, gula, air, emulsifier, serbuk penaik dan esen strawberi hingga kembang dan pekat dengan kelajuan sederhana. Kemudian masukkan mentega cair dan putar lagi dengan kelajuan minima hingga sebati. Sediakan acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan kek tadi. Bakarlah hingga masak.