Kek Lapis Tembikai Madu

Ramuan / Bahan

16 aun mentega
10 biji telur
1 gelas gula halus
1 tin susu manis
1 tin seri kaya ( tin kecil )
1 botol kecil horlick
3 gelas tepung naik sendiri
300 gm kismis hitam
2 sudu makan madu 1 sudu teh esen vanilla
1 sudu paste pandan
1 sudu paste tembilai
pewarna hijau,kuning dan merah.

Cara-cara

1.Mentega dan gula dipukul sehingga kembang,masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
2.Masukkan susu,seri kaya,horlick,madu,overlate,vanilla dan gaul sebati.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.Kemidian bahagikan adunan tadi kepada 2 bahagian.
a) 1 bahagian dengan pewarna merah dan kismis.
b) 1/2 bahagian warna hijau dan paste pandan.
c) 1/2 bahagian warna kuning.
4.Lapisan bawah berwarna hijau,kukus hingga masak.
5. Masukkan lapisan kedua berwarna kuning.
6. Lapisan ketiga warna merah dan kismis.(kismis digaul dgn tepung terlebih dahulu).Kukus selama 3-4 jam mengikut kesesuaian.