Kek Lapis Suriah

Ramuan / Bahan

16 oz mentega
10 biji telur
1 gelas gula halus
2 gelas tepung gandum
1 botol horlick
½ tin susu manis
1 tin kecil serikaya
2 sudu perisa strawberi + pewarna merah jambu
2 sudu perisa oren + pewarna oren
2 sudu nescafe

Cara-cara

Pukul mentega dan gula hingga kembang
masuk telur satu persatu
masukkan horlick,susu, serikaya dan akhir sekali tepung.
Bahagi 4 bahagian, i)campur strawberi ii) campur oren iii) nescafe iv)asal
Bakar satu bahagian hingga habis dan disusuli dengan lapisan berikutnya hingga habis.