Kek Lapis Krim Buah

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
250 gm gula
5 biji telur
120 ml susu UHT

Bahan diayak:
225 gm tepung berserbuk naik
25 gm tepung jagung Bahan-bahan hiasan:
250 gm krim putar
100 gm koktel buah-buahan
150 jem strawberi
Kepingan coklat

Cara-cara

Pukul mentega bersama gula. Masukkan telur berselang-seli dengan tepung. Tuang susu UHT perlahan-lahan. Tuang ke dalam acuan segi empat ukuran 20 cm. Bakar pada suhu 180C selama 40 minit. Apabila masak potong tiga lapis. Sapu krm putar dan tabur koktel buah-buahan di atas lapisan pertama. Sapu jem pada lapis kedua. Tutup dan hias dengan krim putar dan taburkan kepingan coklat.