Kek Lapis Koko

Ramuan / Bahan

Biskut Merri 600 gram
Koko ½ cawan
Air suam 1 cawan
Gula Pasir 1 cawan
Butter 1 buku
Telur 4 biji

Cara-cara

Air suam di bancuh dengan koko.Blender telur bersama-sama gula dan bancuhan koko.

Panaskan kuali/periuk besar. Masukkan butter sehingga ia cair. Masukkan adunan yang telah diblender kedalam periuk dan masukkan terus biskut merri. Kacau sehingga adunan menjadi kental. Terus tuang kedalam bekas dan tekan2kan supaya ia mampat. Walla... dah siap pun kek, sedap dimakan semasa panas atau pun sejuk. Boleh disimpan didalam peti sejuk.