Kek Lapis Ketan Madura

Ramuan / Bahan

20 biji kuning telur, disejukkan
5 biji putih telur
230 gm gula halus
160 gm tepung pulut
1 camca teh serbuk penaik
350 gm mentega 2 sudu besar madu
2 sudu besar susu pekat
1 camca teh esen pandan
1 camca teh esen limau
1 camca teh esen pisang

Cara-cara

Pukul mentega bersama susu dan madu hingga putih.

Pukul telur bersama gula hingga naik. Masukkan tepung dicampur serbuk penaik. Pukul lagi hingga pekat.

Masukkan adunan mentega. Gaul rata.

Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Satu campurkan esen pandan, esen limau dan juga esen pisang.

Bakar adunan berselang-seli hingga habis.