Kek Lapis Kacang

Ramuan / Bahan

20 biji kuning telur
6 biji putih telur
400 gm mentega, dipukul asing
220 gula pasir, dikisar menjadi tepung
150 gm tepung gandum 4 sudu besar susu pekat
½ camca teh serbuk vanila
4 sudu besar mentega kacang
200 gm kacang tumbuk
Pewarna merah, kuning dan hijau

Cara-cara

Pukul mentega hingga kembang. Kemudian masukkan susu dan mentega kacang. Pukul lagi hingga kembang.

Pukul telur, gula, vanila dan tepung hingga kembang.

Masukkan adunan mentega. Kacau lagi hingga rata.

Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan kuning, hijau dan merah.

Bakar adunan selapis-selapis berselang-seli warna. Taburkan kacang tumbuk pada setiap lapisan kedua.