Kek Lapis Jem Aprikot

Ramuan / Bahan

4 biji telur
170 gm gula kastor
1 sudu besar tepung jagung
125 gm tepung berserbuk penaik 48 ml air suam
1 ½ sudu teh mentega cair
Jem aprikot secukupnya
Gula kastor secukupnya

Cara-cara

Putar telur hingga ia kembang. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit. Putar hingga ia sebati. Ayak tepung jagung bersama tepung berserbuk penaik di dalam adunan telur. Kaup balikkan hingga ia sebati. Masukkan air suam bersama mentega cair. Putar hingga sebati. Bahagi adunan dua bahagian. Ratakan setiap adunan di dalam tin bakar bulat yang telah dilengserkan dengan sedikit mentega. Bakar kedua-duanya pada suhu 180C selama 20 minit. Biar ia sejuk. Sapu jem aprikot pada permukaan sekeping kek. Kemudian lapiskan dengan sekeping kek lagi (seperti sandwic). Tabur gula kastor di atas permukaannya.